CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 26 October 2011

~kuih batik~

.as-salam .
.tadi ana bagi kuih batik hasil tangan dia.yummy2 .not bad la jugak.
tahu-tahu jak kawan aku sorang nie yang perut aku tengah mendendangkan lagu keroncong tadi.anyway.
terima kasih ana untuk kuih batiknya ya.sedaaap hingga menjilat tupperware.hehe.=)
.nak belajar buat kuih batik la jgak.tengok macam simple jak.nanti insan istimewa nak makan,senang la nak sediakan.chewah2.h0h0.



Bahan-bahan :

  • 1 bungkus biskut marie 
  • 500 gm milo 
  • 1 tin susu cair 
  • 1 paket buttercup 250gm
  • 1 cawan gula 
  • 5 biji telur

Cara-cara : 




  • Panaskan kuali dan masukkan buttercup hingga cair.Masukkan gula dan kacau hingga cair selepas itu masukkan telur yang telah dikepuk biasa dan susu cair. 
  • Masukkan milo dan kacau hingga pekat akhir sekali masukkan biskut marie yang telah dipatahkan.Gaul dan masukkan ke dalam loyang tekan hingga padat serta sejukkan. 
  • Potong biskut mengikut saiz biskut dan hidangkan sejuk.
  • Kuih batik sedia untuk dimasukkan ke dalam perut;)

Kredit kepada : http://resepi.mesra.net/

~tengok macam simple jak.harap-harap nanti kalau aku buat menjadi la .wish me luck ya~



it's a new day.



.setiap hari yang baru.adalah peluang untuk mengubah hidupmu.
.ya.berubah untuk menjadi sesorang yang lebih baik.lebih matang.
lebih berdisiplin.lebih ceria.lebih berilmu.lebih rajin.
.dan yang paling penting ialah.

::menjadi seseorang yang lebih solehah::

p/s:tolong aku ya Rabbi.bimbing aku.untuk menjadi hamba Mu yang sentiasa istiqamah dalam amalan ku.
.istiqamah dalam mendekatkan diri kepada mengenali Mu .dan istiqamah dalam mencintaiMU.

p/s:selamat pagi dunia.selamat berjuang!!exam.14 days more to struggle.permudahkan segalanya wahai 
Yang Menciptakan aku.

Tuesday, 25 October 2011

.i love physics.

::Transformer::
:alat untuk mengubahkan voltan satu sumber arus ulang alik tanpa perubahan frekuensi arus ulang alik itu.



right now,aku memerlukan sebuah 'transformer' untuk mengubah voltan mood malas + ngantuk > rajin + bersemangat !!!kenapa la banyak sangat "eddy current" yang mengganggu aku ari ni.huh!

. sudah-sudah la tu merapu wahai diriku yang ku sayangi.sambung study.

p/s:credits to my transformer kerana telah meningkatkan voltan pada gegelung sekunder otakku  untuk meninimize meminimumkan "eddy current" yang terhasil di sekitar bilik ku ini..i love physics.and madam zowyah too ;).


nyte;)

::selamat malam dunia::

::sweet dreamz::

::bismikallahumma ahyaa wa amuut::


p/s:bguun awal esok tw:)

..kestereoisomeran ..

~kesteroisomeran ~
:isomer yang mempunyai formula molekul yang sama,formula struktur yang sama tetapi formula ruang yang berbeza..
---
~manusia~
:makhluk yang berasal dari elemen yang sama yakni tanah,keupayaan berfikir dan memahami yang hampir sama tetapi mempunyai iman dan amalan yang berbeza..(serta pengakhiran yang berbeza)
---

---
hypothesis awal :manusia mempunyai iman dan amal yang berlainan because is it  affected by many manipulated variables such as persekitaran,teman sebaya,latar belakang keluarga,taraf pedidikan dan etc. etc.

.ahahks,aku merapu jak nie ni =) teori ini hanya lah auta semata-mata.
.salam study n ganbatte !!!.
p/s:jgn tidur awal.es0k tak da kuliah jgak.wish you good luck!




Sunday, 23 October 2011

::chayok2::


.erm.
---
---
.ya!.berani untuk gagal!.
.kejayaan akan menanti.
.chayok2.

p/s:hidup harus diteruskan...!!!!!!!

Saturday, 22 October 2011

..Just Smile =)..

.Dear hati.
.Biarpun engkau sedih.
.gelisah.kecewa.marah.
.geram.hampa.terluka.terguris.
.terasa.sunyi.sepi.
...
.senyumlah.
.senyumlah.
.senyumlah.
. say to your heart.all is well.
.insya allah semuanya akan baik-baik sahaja.
.dengan izin Nya.
...


akhir kalam: just smile dear :)

Friday, 21 October 2011

~ganbatte ku dasai ! ~

Ganbatte!Ganbatte!Ganbatte!
.kenapa harus bersikap lemah?.kenapa harus berputus asa?.
dear hati,be strong!!
.exam just around the corner.teruskan usaha.misi anda harus diteruskan!.
.jangan biarkan kegagalan lalu berulang semula.
.aku tak mahu sejarah hitam itu berulang kembali.
.aku rasa rendah sangat time tu.
.sahabatku semuanya dapat result gempak.
.tapi aku??.
.aku tak mahu ya Rabbi .aku tak mahu sejarah itu berulang lagi.
.seriusly aku tak mahu!.
.Permudahkan segalanya wahai Yang Menciptakanku.
---
---
p/s: aja-aja fighting ya!!
fighting!!



Saturday, 8 October 2011

terima kasih genk =)

.erm.
Tiara Beach Resort,Negeri Sembilan.aku mengenalinya sekitar tiga tahun yang lalu.simple.perkataan itu yang menjelma dalam kotak mindaku tika aku mengingati tentang dirinya.terima kasih kerana sudi mewarnai cerita hidupku.terima kasih kerana sentiasa ada di samping ku tika anda diperlukan.terima kasih untuk segalanya.arigato gozaimasu!


si dia yang aku kenal tiga tahun lalu merupakan sahabatku,yang aku rasa amat memahami diri ini.yang sentiasa ada time aku memerlukan.kalau aku bosan,aku akan mesej dia.dengan pantas pula dia reply tu.tu yang buat aku rasa dihargai.terima kasih genk:).aku rasa bahagia dan bertuah dapat berkawan dengan kau .statement ini ikhlas dari sahabatmu .ngee.

aku selesa berkawan dengan kau.aku rasa hari-hari ku menjadi lebih bahagia.aku suka bermesej dengan kau walaupun mesej kita tu semuanya pointless jak.ahaha.(buang masa betul time tu).semua itu akan menjadi memori terindah yang tidak mungkin aku lupakan.ingat lagi masa kau pergi plkn.setiap hari aku akan menghitung hari.tak sabar menunggu hari jumaat sebab time tu jak kita boleh contact kan.dan bila kau hantar mesej,bahagianya aku rasa.bahagia sangat!rasa macam kau pun rindu aku jgak.ahahaks.aku paling benci hari ahad,sebab handset kamu akan diambil balik time tu.SEDIH :(.penantian selama 5 hari berulang kembali.

ingat tak masa di matriks dulu.kita dekat tapi susah betul nak jumpa kan.sebab aku sentiasa mengelak untuk jumpa kau.walhal dalam hati mahu juga aku jumpa dengan sahabatku yang aku cakap amat memahami ini.konon la.ingat tak naskah ayat-ayat cinta yang kau bagi dengan aku tu.aku jaga baik -baik benda tu.jangan risau.komik hari tu aku masih simpan juga.kalau aku imbas balik,memori dengan kau banyak rupanya.aku sahaja yang tidak menyedarinya.betapa bertuahnya aku miliki sahabat sepertimu.dan memori itu juga mampu untuk buat aku tersenyum sendiri apabila mengenangkannya.kenapa aku rindu kau nie sahabatku??rindu sangat-sangat.;(


ingat tak masa aku nak masuk maktab?mesti kau sedihkan kan genk.kau tak cakap pun aku tahu :).entahlah tapi kita nie memang ada chemistry kan.mestilah dua-dua lahir sweet september.hehe.kenapa time tu kau nangis ar sahabatku??tak macho la gitu.tak macho langsung taw!dan kau juga buat aku rasa macam nak menangis sama. erm.

aku tahu aku banyak buat salah dengan kau.aku minta maaf ya.maafkan aku atas tragedi hitam di matriks dulu.jalani hidup mu dengan bahagia.bahagia sebahagia-bahagaianya.bahagia dalam erti kata yang sebenar.jangan tahu main dota jak.study rajin-rajin!.kau mahu jadi engineer kan.kalau tak dapat jadi engineer,lecturer pun not bad jugak tu.hehe.

genk,jom kita sama-sama memperbetulkan diri kita ya.biarlah kenangan lalu menjadi pengajaran yang terindah untuk kita.tak ada orang yang sempurna kan.sebab kita hanya insan biasa yang tak leka melakukan kekhilafan.let's renew and renovate our iman and amal together.wish me luck too ya.
::

~ikhlas dari sahabatmu yang tak seberapa comel~


Wednesday, 28 September 2011

::2:216::

:as-salam:

"Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu adalah sesuatu yang kamu benci.Boleh jadi kamu membenci sesuatu ,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu ,padahal ia amat buruk bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui"
(al-Baqarah,2:216) 

Wahai Tuhan Yang Menciptakan daku,aku insan biasa.aku tak tahu sama ada tindakan yang aku lakukan ini adalah yang terbaik untuk ku.namun aku yakin Engkau telah tetapkan yang TERBAIK untuk diri ini.ya!aku yakin dan pasti itu.bantu aku untuk berubah ya Allah.kerana aku hanya insan biasa yang berusaha untuk memperbaiki diri.


~ANDAI REBAH, BANGKITLAH SEMULA~
~ANDAI TERLUKA ,INGATLAH JANJINYA~

p/s:peringatan buat diri yang sering alpa & terlupaa..


Monday, 19 September 2011

hepi befday genk;)

::as-salam::
uik genk!selamat hari lahir yang ke-19.sem0ga sentiasa diberkati dan dirahmati Ilahi.
.jangan makan kicap banyak-banyak taw.nanti tambah *****.h0hoh0.



~ saeng-il chugha hamnida!!!~


pesanan buat befday b0y>>>

jaga diri baek2 ya..study rajin2..n yang paling penting hepi2 

slalu ya...

Tuesday, 6 September 2011

::Sanah Helwa::

::Selamat menjadi tua Norazizah Binti Nawir::
.sweet 19 ya.tak sangka sudah genap 19 tahun Allah pinjamkan nyawa nie kepadaku.
.terima kasih Ya Rabbi.

.Sem0ga masih ada sweet 20 untukku nanti.(ameen)

----


---

.thanks for the rm2.70 's cake.bukan harga yang menjadi ukuran.tapi ada something yang lebih bernilai.sangat bernilai.hingga mencecah infinity.hingga tak ternilai dengan angka.ngee.=)terima kasih ya genk.sorry la time birthday mu nanti aku tak dapat belikan kek.tu la siapa suruh belajar jauh sangat.huhu.tapi jangan sedih ya,aku dah sedia hadiah untuk kau.




~06 September 2011~
otanjoubi omedetto gozaimasu!!!

p/s:
-wat diri ku yg ku sygi..b'tambahnya angka usia in corresponding wif  semakin singkatnya  masa yg ada di bumi pinjaman ini..
 -jaga diri ,jaga iman;)!!!! 

Saturday, 16 July 2011

Tinta yang pertama

...
Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama,
Semua yang berlaku tika ini ada titik pangkalnya,
Semalam adalah sejarah yang tidak mungkin berulang  kembali,
Hari ini adalah detik yang harus dihargai,dimanfaati ,disyukuri,
Kerana esok adalah kurniaan Sang Pencipta yang belum pasti.
...
~Daripada Nya kita datang ,dan kepada Nya jua kita kembali~
..Semoga masih ada hari esok untuk ku..

..Salam Ukwah Fillah..





                                         

Thursday, 14 July 2011

.mak.

fly to:  my one and the only mom.

mak,
.anak mu nie tak pandai nak berkata-kata.
.ikut bapa kali pendiam sikit.hehe
.anak sulung mak ini cuma nak mak tahu.
.ica sayaang sangat dengan mak.

mak,
.sekarang nie anak mak  rindu sangat dengan mak.
.cuti hujung tahun dah dekat .
.tak sabar nak balik jumpa mak.
.ica dah makin dewasa taw mak.
.dah tak budak-budak macam dulu.
.lama dah tak rasa masakan mak.
.terutamanya sayur pucuk ubi + sambal belacan +ikan masin.
.ica makan berpinggan -pinggan kan mak.
.sampai malas dah nak basuh pinggan.


mak,
.halalkan setiap keringat yang tumpah untuk membesarkan ku.
.halalkan setiap air mata yang mengalir kerana risaukan ku.
.halalkan setiap nasihat yang mak berikan untuk diri ini.
.halalkan setiap inci kasih sayang dan belaian yang telah diberikan.
.terima kasih untuk segala-galanya.
.sampai syurga pun ica tak akan  dapat membalasnya.

mak,
.anak pertama mak nie dah 19 tahun rupanya.
.cepat kan masa berlalu.
.dah perawan rupanya "si Penyak " nie kan.

mak,
.tak sangka jauh sampai Pulau Pinang kan ica belajar.
.hebat kan anak mak nie.
.mesti mak bangga dapat anak macam ica kan mak.
.nanti ica dah jadi cikgu,ica belikan mak kereta ya.
.kan mak dah ada lesen,cuma kereta nya jak yang tak ada.
.mak sabar ya,4 tahun lagi kereta baru menanti.
.mak pilih jak kereta apa mak nak.
.semuanya beres.

mak,
.mak ingat tak masa ica baru masuk SMESH dulu.
.setiap minggu kan ica kol mak menangis mahu balik.
.mak berusaha pujuk ica supaya bersabar.
.mak cakap 2 tahun jak nanti cuti boleh balik.
.mak ,sekarang pun ica rasa nak nangis.
.ica rindu mak.ica rindu bapa.ima .anis.ajul.acong.
.tapi mak jangan risau ya mak.
. ica akan sabar mak.
.walaupun mak tiada di sisi ica,tapi Allah akan selalu menemani ica.


::ya Allah ya Rahman ya Rahim,Engkau panjangkanlah umur mak ku.sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku sejak aku dalam kandungan lagi.Jadikanlah aku seorang anak yang solehah yang sentiasa mentaati dan mendoakannya ya Allah.Amin ya rabbal alami::


.

.