CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 12 June 2013

Taqaballahu wa minkum..

Taqaballahu wa minkum  Ya Rabb..

Taqaballahu wa minkum Ya Rabb..

Taqaballahu wa minkum Ya Rabb..


Aku gembira bila mendapat sms yang menyatakan engkau mahu berubah.
Aku sangat bersyukur sahabat ku.
Ternyata Allah telah berjaya mengetuk pintu kecil hati mu untuk kembali kepadaNya..
Kembali kepada fitrah yang sebenar..
Fitrah bahawa pada hakikatnya kita hanya lah hamba yang hina..

Aku maafkan segala kesalahan yang pernah kita timbulkan bersama..
Aku harap engkau juga begitu..
Maafkan atas segala kekhilafan ku..
Kadang kala aku juga tersasar dari landasan yang betul..
Sebab aku tahu aku tidak sempurna..

Semoga kita sama-sama akan istiqamah dalam mujahadah ini..
Terima kasih kerana mengajar aku sesuatu tentang hidup ini..
Walaupun pahit, akan aku cuba untuk menelannya..
Semoga kita akan terus kuat..
Semoga kita akan terus kuat ..
Semoga kita akan terus kuat..
Dan aku yakin kita mampu untuk mengubahnya..

Aku akan sentiasa mendoakan mu wahai sahabat ku..
Aku harap engkau juga begitu..
Jagalah hatimu..
dan aku akan menjaga hatiku..
Semoga Allah menjaga hati-hati kita ini..



Salam ukhwah
06091992
kitakankembar..haha

Bisakah aku..

bisakah aku..
untuk menjadi sekuntum bunga di syurga kelak..
bunga yang kekal mengembang ..
menyebarkan molekul kewangiannya..


bisakah aku..
untuk menjadi seorang bidadari syurga..
buat zauj ku yang tercinta..
menjadi bidadari buat dirinya..
di dunia sementara..
juga di akhirat yang kekal abadi..


bisakah aku menjadi anak yang solehah..
kepada kedua ibu da bapaku..
menjadi penyejuk mata mereka..
menjaga mereka ..
menyayangi mereka sepenuh jiwa dan raga..


bisakah aku Ya Allah..
bisakah aku Ya Allah..
bisakah aku Ya Allah..


0211
akanterusistiqamah
13062013

hijrah seorang aku

hijrah seorang aku..
untuk menjadi lebih baik..
aku akui sememangnya diri ini tidak sempurna..
namun jauh di pelusuk hatiku yang paling dalam..
sedang meronta-ronta..
aku gelisah..
aku keseorangan..
walaupun pada dasarnya aku tampak ceria



hijrah seorang aku..
untuk mengkoreksi diri..
menjadi identiti diri..
menjadi seorang yang lebih baik..
bantu aku..
bimbing aku..
didik aku..
tegur aku..
kerana hati ini amat memerlukan tarbiyah..



hijrah seorang aku..
dari seorang gadis..
dari seorang perempuan..
dari seorang wanita..
namun saat ini..
izinkan aku untuk menjadi seorang..
MUSLIMAH..


0143
13062013
smogaistiqamah

Friday, 7 June 2013






 La yukallifullahunafsan illa wus'aha.



 Allah tidak memberati seseorang melainkan dengan apa yang terdaya olehnya sahaja. 

Yakinlah..segala ujian yang Allah turunkan adalah untuk menguji kita..

Yakinlah..Allah tidak pernah membebankan hambanya dengan ujian yang tidak mampu untuk ditanggungnya..

Yakinlah duhai hati..Yakinlah duhai hati..yakinlah duhai hati..



Hasbunallah wani'mat wakill walahallah walaqu wataillah billah hi aliyulaziim..




*norazizah nawir*
20130706
0318

tulis dan teruskan menulis..

Subhanallah ..lama rasanya tidak menjenguk blog nie..disebabkan kesibukan yang tersangat ditambah dengan ketiadaan mood untuk menjadi catalyst untuk menerus..terasa blog ini seakan tidak terjaga ..

maaf ya blog..lama tak jenguk awak..jangan marah k:)..

sekarang nie cuti semester..cuti dalam 3 minggu..tapi izah x balek..sobs..sobs..

sunyi juga sebenarnya duduk dekat hostel..tapi nak buat macam mana kan..hidup harus diteruskan..

semoga diri ini sentiasa sabar dan bertabah untuk berjuang ..