fly to: my one and the only mom.
mak,
.anak mu nie tak pandai nak berkata-kata.
.ikut bapa kali pendiam sikit.hehe
.anak sulung mak ini cuma nak mak tahu.
.ica sayaang sangat dengan mak.
mak,
.sekarang nie anak mak rindu sangat dengan mak.
.cuti hujung tahun dah dekat .
.tak sabar nak balik jumpa mak.
.ica dah makin dewasa taw mak.
.dah tak budak-budak macam dulu.
.lama dah tak rasa masakan mak.
.terutamanya sayur pucuk ubi + sambal belacan +ikan masin.
.ica makan berpinggan -pinggan kan mak.
.sampai malas dah nak basuh pinggan.
mak,
.halalkan setiap keringat yang tumpah untuk membesarkan ku.
.halalkan setiap air mata yang mengalir kerana risaukan ku.
.halalkan setiap nasihat yang mak berikan untuk diri ini.
.halalkan setiap inci kasih sayang dan belaian yang telah diberikan.
.terima kasih untuk segala-galanya.
.sampai syurga pun ica tak akan dapat membalasnya.
mak,
.anak pertama mak nie dah 19 tahun rupanya.
.cepat kan masa berlalu.
.dah perawan rupanya "si Penyak " nie kan.
mak,
.tak sangka jauh sampai Pulau Pinang kan ica belajar.
.hebat kan anak mak nie.
.mesti mak bangga dapat anak macam ica kan mak.
.nanti ica dah jadi cikgu,ica belikan mak kereta ya.
.kan mak dah ada lesen,cuma kereta nya jak yang tak ada.
.mak sabar ya,4 tahun lagi kereta baru menanti.
.mak pilih jak kereta apa mak nak.
.semuanya beres.
mak,
.mak ingat tak masa ica baru masuk SMESH dulu.
.setiap minggu kan ica kol mak menangis mahu balik.
.mak berusaha pujuk ica supaya bersabar.
.mak cakap 2 tahun jak nanti cuti boleh balik.
.mak ,sekarang pun ica rasa nak nangis.
.ica rindu mak.ica rindu bapa.ima .anis.ajul.acong.
.tapi mak jangan risau ya mak.
. ica akan sabar mak.
.walaupun mak tiada di sisi ica,tapi Allah akan selalu menemani ica.
::ya Allah ya Rahman ya Rahim,Engkau panjangkanlah umur mak ku.sayangilah dia seperti mana dia menyayangiku sejak aku dalam kandungan lagi.Jadikanlah aku seorang anak yang solehah yang sentiasa mentaati dan mendoakannya ya Allah.Amin ya rabbal alami::
.
.